Hikayat Daik & Elizabelle





Sedutan dari epik percintaan Daik & Elizabelle

Pulau Epal terletak kira-kira 2 hari pelayaran pada angin biasa.Itu kata penjaga Pokok Emas Baiduri.Daik tidak pernah bertemu dengan buah epal.Ashkefaizi mengatakan buah itu amat lazat.

"Ini adalah buah yang hebat!" getus Ashkefaizi.

"Di tempat aku dilahirkan di Kerak,buah ini adalah hidangan makan malam yang syahdu!"

"Rasanya seperti buah Maja?" tanya Daik.

"Rasanya seperti mengucup seribu bidadari," Ashkefaizi ketawa mengekek.

Mata Daik terpancar seribu keghairahan.Dia mesti mencari buah epal dan puteri Epal.Puteri Epal akan memberitahu petunjuk seterusnya.Daik merenung Sutramawarni.Daik bersimpuh di sisi gadis itu.Dia mengusap-ngusap bibir indah Sutramawarni yang telah keras membatu.Mata Daik semakin redup.Sayu.

"Sabarlah sayang...Daik akan bawa penawarnya untuk Warni.Daik janji...," Daik merenung bibir batu Sutramawarni.

Daik bangun dengan penuh semangat.Aku mesti cari kau Puteri Epal!,bisik hatinya.Tiba-tiba angin barat mula membelai pipi Daik.Menggoda-goda penuh ilusi.

"Turunkan layar!" Daik melaung kepada anak kapalnya.

Penjaga Pokok Emas Baiduri juga memberitahu Daik tentang waktu.Ya,waktu yang tepat untuk bertemu dengan Puteri Epal.Waktu adalah sepenting wajah jelita Puteri Epal.Waktu adalah semanis Epal Biru kegemaran puteri itu.Jika waktu tidak ditepati,pahitnya adalah seratus kali lebih pahit dari jering merah yang bertangkai di atas pokok.Sekejam wajah Puteri Epal yang tersenyum mengejek jika habis waktu yang diberi.Daik teringat cerita penjaga Pokok Emas Baiduri tentang kisah Seorang Petapa dan 1000 Tahun Pintu Puteri Epal.

Betapa bertahun-tahun sang petapa menunggu saat pintu Puteri Epal.Betapa khusyuknya sang petapa menunggu di hadapan pintu Puteri Epal menanti ia terbuka,yang hanya terjadi setiap seribu tahun.Setelah sekian lama menunggu di hadapan pintu,dia merasakan bahawa dia pasti menemui Puteri Epal;idaman setiap pengembara dan petapa sepi.Puteri Epal akan mengajak setiap pengunjung bertuahnya berbual-bual dalam suasana mesra penuh mengasyikkan.Sambil minum air sarbat hijau yang manis lazat,Puteri Epal akan bergurau-gurau senda dengan tetamunya.Kemudian saat yang ditunggu-tunggu,Puteri Epal akan memberikan hidangan buah epal yang tiada taranya di dalam dunia.Buah epal hijau,merah,kuning dan ungu,dihidangkan bersama-sama haruman madu yang menggoda.Nikmatnya mencecah hirisan epal pada madu dan mencicipnya perlahan-lahan di bibir.

Kemudian Puteri Epal akan memegang tangan pengunjung bertuahnya,dan bertanya hajat pengunjung.Jika mahukan kekayaan,Puteri Epal akan berikan berkoyan-koyan emas dan perak,permata dan segala berlian.Jika mahukan penawar,Puteri Epal akan berikan penawar segala penyakit.Biar bersopak kulit,biar berpanau seluruh tubuh,nanti Puteri Epal sapukan penawar...kulit akan licin dan bersih bak sutera terpilih.Si petapa makin bersemangat menunggu pintu terbuka yang waktunya sudah menghampiri.Amat hampir.Mata petapa makin bersinar-sinar walaupun sedang berjuang menentang berjuta keletihan menunggu selama seribu tahun.

Tiba-tiba perasaan mengantuk menyerang dirinya.Mata sang petapa tertutup dan terbuka dengan penuh kepayahan,di saat-saat waktu pintu Puteri Epal mahu terbuka.Setelah berusaha menahan mata selama seribu tahun,baru saat itu dia terkantuk-kantuk.Dan segera sahaja matanya tertutup sebentar.Dan pada waktu yang amat sebentar itu sahaja,pintu pun terbuka.Sebelum mata sang petapa terbuka sepenuhnya kembali,pintu itu tertutup perlahan-lahan dengan wajah Puteri Epal tersenyum mengejek.Kemudian,sebelum sempat kesedaran sang petapa tiba sepenuhnya,pintu itu tertutup rapat bersama bunyi yang dasyat,berserta suara sang petapa yang menggelegak hebat yang cukup untuk membangunkan orang mati.

"Ingat Daik!Bersiap sedialah kerana pintu akan terbuka setiap seribu tahun," Penjaga Pokok Emas Baiduri berpesan.

"Tanamkan sifat menyesalmu sepanjang masa adalah lebih baik berbanding engkau menyesal dengan sendirinya sesudah pintu tertutup.Jaga-jaga dengan tiga biji epal dan badut-badut yang menari.Jika engkau melihat dua peristiwa itu,beritahu dirimu bahawa saatnya sudah semakin hampir"

Daik termenung memandang patung batu Sutramawarni.Wajah sepi Sutramawarni begitu menyucuk-nyucuk perasaan Daik.

"Abang Daik...dalam hidup ini siapa agak-agaknya manusia yang paling abang Daik sayang?"

"Warni lah paling abang sayang"

"Yang paling abang benci?"

"Orang yang nak memisahkan kita berdua"

"Abang Daik nak tahu tak manusia yang paling Warni benci?"

"Apa dia?"

"Diri Warni sendiri"

"Eh,kenapa pula?"

"Sebab berkali-kali Warni cuba membenci abang,tapi semakin benci semakin sayang"

Daik tersenyum.Wajah Warni ketawa sambil berlari menghindari tangannya yang cuba mencekak lengan gadis manis itu masih terbayang-bayang di fikiran Daik.Manisnya engkau Warni bila ketawa,detik hati Daik.

Airmata Daik tumpah.Daik jarang menangis.Lelaki keras sepertinya bagaikan batu-batu yang dihempas ombak siang dan malam.Daik tidak menangis walaupun ibu bapanya dibunuh di hadapannya oleh tentera Ardiputra yang zalim.Daik tidak menangis walaupun adik kandungnya lemas terjatuh ke dalam lautan ganas.Namun Daik tewas kali ini.Daik tidak mampu menahan perasaan sedihnya pabila melihat wajah kaku Sutramawarni.Mungkin Daik sudah habis upaya kesabaran menahan dugaan dalam hidupnya.Tubuh Sutramawarni yang telah menjadi batu benar-benar membuatkan Daik terpukul.

Kabus mula menyelubungi kawasan laut.

"Petanda menghampiri Pulau Epal adalah kabus tebal yang tergantung di atas air laut!" kata-kata penjaga Pokok Emas Baiduri menari-nari di cuping telinga Daik.

Daik melihat kabus semakin banyak.Anak-anak kapalnya semakin tidak tenteram.

"Daik,nampaknya kabus semakin tebal,kita tidak tahu apakah bahaya di hadapan!" Jalak mengingatkan Daik dengan penuh resah.

Daik tersenyum ke arah Jalak.

"Jadi ini masanya untuk berehat," Daik mengerling penuh makna ke arah Jalak.Jalak tersentak kebingungan.

"Apa maksudmu?"

"Kabus ini adalah penyambut tamu Puteri Epal," Daik ketawa kecil seakan memerli."Jangan risau,jika ada kabus ini pada waktu ini,maknanya masa untuk kita berehat,dia semakin hampir...tidurlah untuk menunggu hari esok," Daik tersenyum.

"Aku tidak faham,adakah engkau cuba untuk berkias?"

Daik merenung tajam pada Jalak.

"Kau ingat lagi kata-kata Ashkefaizi,pedagang Arab itu?Buah epal hanya tumbuh di kawasan dingin.Adakah engkau tidak merasa dingin sekarang?" Daik berlalu meninggalkan Jalak bersama senyuman aneh yang menggusarkan.

"Beritahu mereka,berehatlah dan tidur dengan nyenyak...bukankah waktu dingin sebegini adalah nyaman untuk tidur?" Daik berkata sambil membelakangi Jalak.Jalak pun bergegas ke arah anak-anak kapal.Terdengar dari kejauhan suara Jalak menyuruh mereka berehat.Daik mencapai kain tebal dan menyelimuti dirinya.Benar,keadaan sekeliling semakin dingin kini.Daik terketar-ketar sambil berjalan ke arah haluan kapal.Dia memanjang jauh ke hadapan.Ke hadapan seakan-akan memecah kabus malam yang dingin.

Daik mula diserang perasaan kantuk.Dia memandang ke hadapan sambil tangannya memegang kemudi.Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu di belakangnya.Namun perasaan kantuk itu telah membataskan kesedarannya untuk bertindakbalas dengan keadaan yang begitu mencurigakan itu.Daik terdiam kaku di depan kemudi,berusaha menahan kantuk.Tiba-tiba dia terasa ada seseorang memeluknya dari belakang.

"Bangun abang Daik,jangan tidur...keluarkan adik dari penjara gelap ini..."

Daik semakin lemas.Ada kepala wanita diletakkan di atas bahunya.Terasa begitu halus dan bau aroma rambut wanita aneh itu begitu melemaskannya.

"Warni sayang abang Daik..."

Daik tersentak.Dia cepat-cepat berpusing kilas ke belakang.Daik mencari-cari Sutramawarni.Tiada siapa di sekeliling dia.Kebanyakan anak kapalnya tidur dan berehat-rehat.Daik segera turun ke buritan.Mencari patung Sutramawarni.

Daik gelisah.Sutramawarni tiada di situ.Daik semakin tidak keruan.Dia berjalan ke hulu ke hilir."Biduk," bisik Daik.

"Biduk!"

"Biduk!"

Seorang lelaki gempal berjalan dengan tergesa-gesa ke arah Daik.Wajahnya kelihatan menyembunyikan keresahan.

"Ya,ada apa Daik?"

Daik merenung muka Biduk tanpa berkelip.Dadanya bernafas kencang.

"Patung Warni di mana?Bukankah aku suruh kau menjaganya?"

"Ya...ya...Daik,tapi aku letakkan ia di sana," Biduk menunjuk ke arah satu sudut.Kelihatan satu gulungan tikar mengkuang yang nampaknya membungkus sesuatu di dalamnya.

"Kenapa kau balut patung itu?" Daik ingin mendapatkan kepastian,amat aneh apabila Biduk membalut patung Sutramawarni tanpa pengetahuan dirinya.

"Aku takut," suara Biduk bergetar sedikit.

"Apa yang kau takut?Bukankah itu hanya patung kaku sahaja,jika dia bangun sekalipun sudah tentu itu adalah Warni,bukan orang lain," kata-kata yang dilontar oleh Daik separuh mengejek.

"BUkan Warni!BUkan!" balas Biduk pula separuh menjerit.Wajahnya kelihatan berkerut.

Daik menghampiri Biduk.Dia memegang bahu lelaki gempal itu.Perlakuan Daik seolah-olah mahu menenangkan kegelisahan rakannya itu.

"Katakan kepadaku,apa yang kau lihat?Jika bukan Warni,siapa?"

"Wajahnya,wajahnya bukan Warni,aku tidak kenal dia tetapi itu wajah orang lain!" Biduk mengeluh separuh ketakutan.

"Maksud kau,wajah patung itu berubah?"

"Ya Daik...," terketar-ketar Biduk menjawab.

"Kalau begitu mari kita lihat!" Daik menarik tangan Biduk.

"Jangan!Aku tidak mahu pergi!" Biduk mengeraskan tangannya.Dia benar-benar berkeras tidak mahu membuka balutan patung itu.Keseraman semakin merajai seluruh batang tubuhnya.

"Apa yang kau takutkan?Itu hanya patung kaku yang tidak mampu berbuat apa-apa sedikit pun terhadapmu.Tiadaku dengar orang mati dicekik patung!" Daik ketawa kecil .

"Adakah kerana wajah patung itu berubah menyebabkan kau ketakutan seperti perempuan begini?Hanya sebab itu sahaja?" Daik tersenyum mengejek.

"BUkan!Ada sesuatu yang lain," Biduk menjawab perlahan.Tangannya bingkas menarik sesuatu dari lipatan kain ikat di pinggangnya.Biduk menayangkannya di hadapan Daik.

Daik merenung benda itu penuh makna."Dimana kau menjumpainya?"

Biduk kembali merasa seram.Dia curi-curi menjeling ke arah balutan patung.

"Bibirnya"

"Bibir?" Daik merasa hairan."Panggil Ashkefaizi ke mari!"

Ashkefaizi muncul dari arah barat.Perlahan-lahan dia menghampiri Daik bersama Bidak di belakangnya.Ashkefaizi memandang benda yang berada di tangan Daik.

"Ashkefaizi,bolehkan engkau beritahu apakah dia benda ini,aku tahu ia adalah hirisan buah,tapi boleh kau terangkan lebih lanjut?"

Ashkefaizi memandang hirisan buah-buahan itu di tangan Daik.Dia tersengih kecil dan berkata,

"Inilah hirisan buah epal,Tuan Daik.Semoga anda ditunjukkan jalan oleh Tuhan,"

"Epal?"

Daik segera bergegas ke arah patung Sutramawarni yang dibalut dengan tikar mengkuang.Dia pun membuka balutan tikar itu.Biduk memekup wajahnya dan menyorok di belakang Ashkefaizi.Balutan tikar itu terbuka dan Daik merenung wajah Sutramawarni yang terkaku kelu seribu bahasa.

Daik merenung lama ke arah wajah patung.Dia mengusap-ngusap bibir patung itu."Bibir dan matanya" bisik Daik perlahan."Bukan yang dimiliki oleh Warni."

Mata patung misteri itu seakan-akan merenung ke dalam hati Daik.Daik mengalihkan pandangannya.

Daik berjalan ke arah Ashkefaizi dan Biduk seraya berkata,

"Kalau benar segala perkiraanku,aku tahu siapakah di sebalik wajah patung ini," sambil Daik merenung hirisan epal di tangannya.








---------------------------------------------------------------

Siapakah yang dimaksudkan oleh Daik?Wajah siapakah yang menjelma pada patung?
Berjayakah Daik menemui Puteri Epal?Bagaimana dengan Pintu 1000 tahun? Apakah sumpahan yang terpaksa dihadapi Daik kerana kesilapannya yang lalu?

Apakah rahsia yang diketahui oleh Ashkefaizi,si pedagang Arab?
Bagaimana dengan riwayat cinta Daik dan Warni?

Siapakah sebenarnya Elizabelle?



 Ini adalah karya dan idea Srikandi dengan bantuan seorang freelancer Srikandi.Ia berkonsepkan fiksyen-sejarah dan berlatarbelakangkan era Srivijaya.

Dalam siri pertama ini,ia mengandungi 134 mukasurat.Terdiri dari 6 bab.

Ia ada sambungan dia.Semua ada 15 bab.
 

Untuk menempah e-book Srikandi ni,ikut langkah-langkah ni:

  1)buat pembayaran RM20 sahaja di sini (akaun freelancer Srikandi):

http://goo.gl/ZAnjH


2)bayar mesti dapat resit kan?screenshot resit tu (printscreen),pakai hp camera ke...atau scan...lepas tu emel ke: srikandisejarah@gmail.com

3)nanti Srikandi approvekan dan emelkan 'Hikayat Daik & Elizabelle' pada anda ek.

4)Ikut arahan sepertimana dalam emel. 



5) Enjoy!  :D



4 comments:

radiant mj said...

:)

radn mj

Unknown said...

saya suka makan epal,yang rangup memang sedap

kimonjawi said...

KENAPA SAYA BELI TAKDE PART YANG NI?

KarimSP said...

mcm mane warni leh jd patung, bile la cik seri nak release sambungan citer ni ..

Post a Comment